Advance Kau Dik Dah Pandai Order Makwe Dekat Lazada!

Disangkakan, orang dewasa saja ‘menjual diri’ sebagai kekasih dan jodoh atau ‘menyewakan diri’ sebagai peneman di hari istimewa tertentu seperti Hari Valentine menerusi platform jualan dalam talian.

Rupa-rupanya, budak-budak pun tahu perihal ‘jual beli kekasih’ secara dalam talian.

Tular video lucu di Twitter gelagat dan pengakuan lucu dibuat seorang kanak-kanak ketika bersembang dengan seorang lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Menerusi video itu, kedengaran lelaki berkenaan bertanya kepada budak perempuan di tempat duduk belakang dia mahu berkahwin dengan siapa dewasa kelak.

Dengan selamba kanak-kanak itu menjawab “Kahwin dengan Aidil” membuatkan budak lelaki di sebelahnya menjerit tidak bersetuju.

“Eeee, aku tak nak kahwin dengan kau! Aku dah ada makwe lah! Aku order dah dekat Lazada,” ujarnya mengundang tawa lelaki berkenaan.

Ramai terhibur dengan pengakuan lucu kanak-kanak itu dan berseloroh meminta link untuk membuat pesanan ‘menempah kekasih’.

“Nak order jugalah macam tu. Dekat Shopee tak ada ke? Selalunya Shopee yang banyak pilihan sikit,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.