Bot Karam -Ibu, Dan Anak Perempuan Dikhuatiri Lem4s

Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka bersama ahli keluarga lain, karam ketika cuba merentasi Sungai Jelai, dekat Kampung Bertang, di sini, tengah hari tadi.

Ketika kejadian, mangsa, Rozi Omar, 52 tahun bersama anaknya, Zakirah Ahmad Husin, 19 tahun menaiki bot berkenaan bersama suaminya, Ahmad Husin Mad Aris, 52 tahun dan seorang lagi anak mereka, Nur Aina, 23 tahun.

Kredit foto: Harian Metro

Penghulu Mukim Ulu Jelai, Asyhar Amin Ahmad, berkata keluarga terbabit difahamkan cuba merentasi sungai itu untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang ditenggelami banjir.

“Saya menerima laporan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Kampung Bertang kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Foto: Facebook
“Setakat ini kedua-dua mangsa iaitu Rozi dan anaknya, Zakirah gagal dikesan. Suami Rozi, Ahmad Husin dan Nur Aina berjaya menyelamatkan diri sebaik insiden berlaku berhampiran jambatan gantung Kampung Bertang,”katanya ketika dihubungi di sini.

Asyhar Amin berkata, pihaknya sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak polis dan operasi mencari serta menyelamat mangsa sedang dilakukan dengan kerjasama penduduk kampung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.