Kerajaan Sedang Mengkaji Untuk Menyekat Kembali Pergerakan Rentas Daerah Dan Negeri

Kerajaan belum memutuskan untuk menyekat kembali pergerakan rentas daerah dan negeri susulan peningkatan kes dan kluster baharu COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji dan membuat penilaian risiko perkara berkaitan rentas negeri yang dibuka semula pada 7 Disember lalu sama ada menjadi punca peningkatan kes.

“Walaupun rentas negeri dan daerah masih dibenarkan, kerajaan sentiasa mengingatkan rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19.

“Rakyat juga boleh secara sukarela menjalani ujian calitan sekiranya mereka mahu keluar dari zon merah untuk memastikan bebas Covid-19. Begitu juga mereka yang mahu pulang ke zon hijau boleh menjalani ujian calitan sebelum pulang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sejak beberapa minggu lalu, kes positif COVID-19 masih merekodkan empat angka. Malah, jumlah kes aktif di Malaysia sudah menghampiri kapasiti di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) dan hospital yang diwartakan untuk merawat pesakit itu.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, ketika ini kes aktif mencecah 22,089 manakala kapasiti untuk rawatan pesakit adalah 23,000.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kabinet masih belum membincangkan untuk mengadakan sidang khas Parlimen susulan peningkatan kes COVID-19. Perkara itu juga belum dikemukakan dalam Mesyuarat Kabinet oleh menteri berkaitan.

“Walaupun tiada sidang khas Parlimen, saya percaya strategi kesihatan KKM dan bukan kesihatan akan tetap dilaksanakan untuk mengekang COVID-19,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.