“Tak Berkelip Mata” Wargamaya Teruja Lihat Aksi Ara Bila Aliff Aziz Menyanyi

Aliff Aziz telah mendirikan rumah tangga bersama dengan isteri tersayang iaitu Bella Astillah pada 2016 yang lalu serta dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Laut mana yang tidak bergelora. Pantai mana yang tidak dilambung ombak. Selepas hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, penyanyi Aliff Aziz akhirnya kembali ke pangkuan isteri, Bella Astillah dan anak-anak di Malaysia.

Terbaru, Aliff telah memuat naik satu video pendek memperlihatkan beliau sedang menyanyikan sebuah lagu khas buat puteri kesayangannya itu.

Menerusi video itu, dapat kita lihat reaksi Ara yang mana daripada mula Aliff menyanyi sehingga lah lagu tersebut habis, Ara hanya menatap wajah bapanya itu sambil tersenyum dan hanya mengedipkan mata beberapa kali sahaja.

Terpaku agaknya dengan suara lunak bapanya, Ara kelihatan tenang mendengar Aliff menyanyikan lagu Indah Pada Waktunya, nyanyian asal oleh Dewi Perssik.

Ramai peminat berasa teruja melihat aksi spontan Ara yang comel itu.

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Semoga hubungan Aliff sekeluarga bertambah rapat. Buang yang keruh, ambil yang jernih dan usah diulang lagi kesilapan lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.