Dapat Tajaan RM13.5 Juta, Intan Ladyana Dan Harris Alif T4k Harap ‘Wedding Of The Year’

Majlis perkahwinan pelakon Intan Ladyana, 38, dan pengacara Harris Alif, 21, menjadi antara majlis yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat.

Namun, Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya enggan meletakkan sebarang harapan sehingga majlis mereka boleh dilabel sebagai ‘Wedding of The Year’.

“Saya tak berani nak cakap ‘Wedding Of The Year’ sebab tak meletakkan harapan yang tinggi. Sebenarnya, saya bersyukur dan amat menghargai dengan semua pihak yang ingin menaja.

“Paling penting, kami tak nak bertanding dengan sesiapa pun,” katanya.

Pada hari bahagia mereka, Intan dan Harris bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka tajaan dari Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta.

Sementara itu, pelantun lagu Anugerah menyifatkan segala tajaan yang diperolehi sebagai rezeki untuk mendirikan rumah tangga.

“Bagi saya ini semua rezeki nak kahwin. Saya dan Intan tak ada rancangan untuk jadikan majlis perkahwinan kami sebagai ‘Wedding of The Year’.

“Majlis perkahwinan itu untuk meraikan dan menjemput orang datang makan. Biar sederhana tapi semua orang gembira,” kata pemilik nama Nor Harris Alif Nor Rashidi.

Terdahulu, Harris dan Intan mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021.

Kisah percintaan Intan menjadi perhatian selepas Harris terbuka berkongsi mengenainya.

Harris yang juga juara pertandingan Idola Kecil musim ketiga buat kali pertama berkongsi gambar berdua menerusi laman Instagram (IG) pada 6 Mei lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.