“Oi Bervk” Janna Nick Bert1kam Ldah Dengan Netizen

Sejak semalam, hangat diperkatakan di Twitter apabila pelakon Janna Nick bertikam lidah dengan netizen mengenai pendapat masing-masing berkenaan garis panduan filem Malaysia.

Semuanya bermula apabila Janna mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan serangan berkenaan dengan filem The Purge.

Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan.


Bagaimanapun, kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon berkenaan. Kata netizen, disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh.

Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh.

Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah di Malaysia.

Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu.


Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen.

Kredit foto: Twitter

Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.