Mia Sara Sentap Disuruh Bvka Tudung “Macam Minta Orang T4k Pakai Baju”

Mula mengenakan hijab sejak usia 11 tahun lagi, pelakon Mia Sara Nasuha akui tersinggung apabila ada pihak menawarkan watak kepadanya, namun memberi syarat supaya dia membuka tudung.

Mia berkata, dia tidak menyangka masih ramai tidak tahu bahawa dia sudah berhijab beberapa tahun lalu dan dia terpaksa menolak tawaran tersebut dengan cara baik.

“Ya, memang tawaran berlakon saya dah berkurang. Memandangkan saya sudah lama dalam industri, mungkin ramai yang tahu saya sudah bertudung. Jadi, hormatilah pendirian saya.

“Baru-baru ini, ada tawarkan saya watak tetapi minta saya buka tudung. Dia bukan muslim tetapi rakyat Malaysia, saya rasa tersinggung pihak terbabit bertanyakan soalan itu pada saya.

“Seolah-olah minta orang tak pakai baju kalau nak diambil berlakon. Banyak situasi macam itu berlaku sejak saya bertudung lagi. Sebab itu saya banyak tolak tawaran dan sebab itu tak revealing macam sebelum ini,” katanya.

Kata Mia lagi, dia hilang keyakinan diri apabila sering diasak dengan tawaran sedemikin jika mahu kembali aktif dalam dunia seni.

Kredit foto: IG Mia

“Bila kurang berlakon, ramai ingat saya sudah berhenti dan fokus belajar. Tapi, sejak tahun lepas saya sudah berlakon semula.

“Sebab itulah saya cuba mendapatkan semula kehidupan lama saya. Kadang-kadang boleh hilang keyakinan saya apabila ada yang bertanyakan soalan sedemikian,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "Mia Sara Sentap Disuruh Bvka Tudung “Macam Minta Orang T4k Pakai Baju”"

  1. ROSHYTHA | 12/01/2021 at 7:26 AM |

    Tetapkan pendirian kamu Mia.Walaupun saya bukan Muslim,saya tetap sokong Mia yg teguh pendirian.

Comments are closed.