“Ramai Cakap Saya Tipu, Sebenarnya Sak1t S4ngat!” Elyana Dah Tahap Krltikal

Tak semua perkara kita boleh kongsikan kepada orang di luar sana. Namun, sesetengah orang sering menilai keperibadian orang lain melalui apa yang mereka lihat di media sosial.

Selagi mereka tidak nampak dengan mata mereka sendiri, selagi itulah mereka tidak percaya. Itulah dilema yang dihadapi penyanyi dan pelakon Elyana.

Seperti mana yang kita ketahui, Elyana kini menghidapi kanser limfoma sejak 10 tahun dahulu. Kerana tidak pernah berkongsi kesakitan yang dialaminya di media sosial, ada yang tergamak menuduhnya menipu.

“Terus terang saya katakan, depan kamera saya akan kelihatan sebegini. Saya akan nampak ok, saya tak akan tunjuk yang saya sakit sekalipun, sampai bila bila. Saya minta maaf!

“Saya tahu ramai juga yang macam tak percaya saya sakit, ataupun saya tipu saya sakit.

“Sakit ni bukan main-main. Ada sesetengah orang, selagi mereka tak nampak depan mata, selagi itu mereka takkan percaya,” katanya menerusi temu bual bersama MHI (Malaysia Hari Ini).

Tambahnya lagi, dia tidak akan sesekali menunjukkan kesakitannya pada orang di luar kerana dikenali sebagai seorang penghibur bukan meminta simpati.

“Tapi, di belakang kamera saya sebenarnya sakit, saya struggle sangat! Macam pesakit kanser lain juga, saya sakit sepanjang masa. Tahap saya bukan tahap yang rendah lagi.

“Saya dah tahap kritikal. Saya kena teruskan hidup dengan kehidupan yang positif. Saya tak nak fikir yang saya sakit, ia akan menyakitkan saya lagi.

“Saya akan buat macam biasa, positifkan diri. Kalau perlu buat kimo lagi, saya akan buat,” katanya mengakhiri perbualan.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 9, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, 1 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:murai

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.