Enam Tahun Duduk H0spital Macam Rumah Sendiri, Siap Angkut Keluarga

Sebuah keluarga menjadikan hospital di bandar ini sebagai rumah sejak enam tahun lalu sebelum diarahkan keluar.

Menerusi laporan portal Odditycentral.com, kisah tiga beranak itu menjadi perhatian selepas enggan keluar kerana tidak mahu membayar kos perubatan.

Semuanya bermula apabila lelaki dikenali sebagai Tian mendapatkan rawatan di hospital berkenaan pada 2014 kerana mengalami sakit perut dan muntah.

Dia kemudian menerima rawatan selama dua bulan di hospital berkenaan sebelum disahkan sembuh dan dibenarkan keluar.

Kredit foto: Odditycentral
Namun, Tian terkejut selepas mendapati kos rawatannya mencecah 1.26 juta yuan (kira-kira RM785,000) oleh pengurusan hospital.

Dia melakukan protes dan membawa ibu bapanya untuk terus menetap di hospital berkenaan selama enam tahun.

Malah, lelaki itu turut mengubah dekorasi bilik wad seperti rumah dengan meletakkan makanan dan barangan peribadi mereka.

Mereka turut menyambut Tahun Baru Cina di hospital walaupun secara tradisi disambut bersama keluarga di rumah.

Walaupun pelbagai cara dilakukan pengurusan hospital, namun keluarga berkenaan enggan keluar.

Buntu dengan kedegilan lelaki itu menyebabkan pengurusan hospital bersetuju agar tiada bayaran dikenakan untuk rawatan seperti dituntut sebelum ini dan hanya mahu mereka keluar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.