“Atuk Nenek Pun P4nic Nikah” Netizen Teruja Lihat Pasangan Usia Emas Bernikah Sebelum PKP, Comel Je Dedua Ni!

Sehari sebelum tarikh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di beberapa negeri di Malaysia, kita dapat lihat ramai pasangan yang sepatutnya berkahwin dalam tempoh PKP ini terpaksa mempercepatkan perkahwinan mereka ke hari tersebut.

Ramai netizen menamakan situasi ini sebagai ‘panic nikah’ sebab dengan tiada persiapan lengkap seperti baju pengantin yang cantik atau make up yang gah, korang terus je kena nikah pada slot waktu yang ditetapkan.

Apa-apapun, situasi ni bukan je berlaku kat pasangan muda, malah pasangan usia emas seperti atuk dan nenek ini juga terpaksa ‘panic nikah’ disebabkan PKP ni seperti yang dikongsikan cucu mereka di Twitter

Menurut pengguna Twitter @namasayasyafiq kepada Lobak Merah, atuknya berusia 78 tahun dan nenek tirinya pula berusia 70 tahun. Perkahwinan tersebut pula telah diuruskan anak-anak dan dipersetujui oleh atuknya.

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Wahh comelnya atuk dan nenek ni kahwin yee. Jeles min! 

“Comelnya dua-dua. Nenek mesti masa muda cantik orangnya” 

Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut tumpang gembira dan mendoakan semoga pasangan tersebut bahagia hingga ke jannah. Ramai yang puji nenek dia ni cantik kan? 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.