Dulu Viral Bertvmbuk, Tarik Rambut Sebab Berebut Lelaki Tapi Sekarang Dah Bes4r Jadi Kawan Baik

Ingat tak dulu masa zaman 2000-an, selalu sangat viral video pergaduhan di sekolah? Ada sekali tu, dua orang pelajar perempuan bergaduh sampai bertumbuk, tarik rambut sebab berebutkan lelaki.

Tapi, siapa sangka apabila meningkat dewasa sekarang mereka berdua bersahabat baik. Kalau nak diikutkan, masa zaman di bangku sekolah tu tak boleh bertembung, bertentang mata sebab mesti ada saja yang tak kena dan tak berpuas hati antara satu sama lain.

Bertumbuk berebut lelaki, video gaduh jadi viral

Melalui sebuah video di TikTok, wanita yang dikenali sebagai Syira itu menunjukkan throwback bagaimana dia dan Ara, boleh jadi kawan baik selepas bermusuhan ketika sekolah. Difahamkan, ketika sekolah dulu Syira mempunyai seorang teman lelaki dan punca pergaduhan mereka berdua sehingga dirakam dan menjadi viral itu adalah kerana Ara pula merupakan skandal lelaki tersebut.

Jumpa face to face, buat keputusan tinggalkan lelaki tu

Pada sebuah video yang lain, juga dimuat naik di TikTok, Syira juga menjelaskan macam mana permusuhan mereka berdua bertukar menjadi persahabatan.

Kitorang dah gaduh, bengang sangat. Entah macam mana kitorang jumpa depan-depan, slow talk lepas tu kitorang tekad nak tinggalkan jantan tu.”

Kitorang chat-chat, tau tau jadi kawan baik.”

“Laa ni ke yang dulu viral video 3gp”

Melalui ruangan komen, ramai netizen terkejut apabila mendapat tahu dua pelajar sekolah yang pernah viral suatu ketika dulu kini berkawan baik. Rata-ratanya masih ingat dengan video tersebut dan tidak menyangka dua musuh itu boleh menjadi kawan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.