“Ingatkan Orang Malaysia Je Ger4m, Rupanya Sampai Ke Thailand Sana!” Netizen

Kec0h baru-baru ini di media sosial apabila Datin Noor Kartini Noor Mohamed iaitu ibu kepada pengacara Neelofa dikatakan telah menghantar permohonan untuk mendaftarkan nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan tindakan itu juga telah menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter dan juga di Facebook. 

Menurut laporan media pada Khamis lalu, Noor Kartini dikatakan telah pun memaklumkan kepada umum bahawa permohonan itu sebenarnya bukanlah merujuk kepada nama daging ‘harimau menangis’ itu, tetapi sebaliknya merujuk kepada rekaan pada tulisan perkataan itu.

Isu ‘trademark’ harimau menangis ini juga bukan sahaja telah menimbulkan kemarah netizen di Malaysia, malah ia turut menimbulkan rasa kurang senang buat warga di Thailand. 

Terbaru, kecoh di Twitter apabila seorang netizen Thailand dikatakan turut memuat naik posting mengenai isu pengklaiman nama harimau menangis itu.

Pengguna Twitter yang dikenali sebagai @Cake_journey itu telah menulis ringkasan kejadian dimana Noor Kartini dilaporkan telah mendaftarkan ‘trademark ‘ bagi nama makanan yang sudah pastinya berasal daripada negara Thailand.

Terjemahan Posting twitter warga Thailand

Salah satu syarikat swasta di Malaysia telah mendaftarkan ‘trademark’ ke atas ‘Crying Tiger’ (Harimau Menangis) dengan mengklaim ia sebagai warisan intelektual. Tetapi ianya tidak dipersetujui oleh warga Malaysia kerana mereka tahu jika menu ini adalah berasal daripada Thailand. Perbalahan ini juga telah melambatkan pendaftaran itu untuk diluluskan. – Tulisnya di Twitter.

Namun, disebalik kekecohan itu terdapat juga di antara netizen Thailand yang tersentuh dengan tindakan netizen Malaysia dan turut mengucapkan terima kasih kepada netizen kerana telah membangkang dan tidak bersetuju mengenai isu itu.

Rakyat malaysia bantu mempertahankan makanan kami. Kami sangat menghargainya!

Terima kasih Malaysia dengan tindakan anda. Ternyata kami juga ada sahabat di Malaysia. – Tulis netizen Thailand di Twitter.

Ruangan komen posting itu juga turut dibanjiri oleh netizen Malaysia yang rata-ratanya dilihat cuba memohon maaf bagi pihak Noor Kartini diatas isu pengklaiman nama harimau menangis itu.

Tahniah Netizen Malaysia! Kami bangga dengan sikap kerjasama korang semua, tak pernah mengecewakan. Terbaik!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:http://trendinggiler.pw/

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.