“Si Krlting Ibl1s, Moga Terbelah Ber4ntakan” Pernikahan Arie, Indah Tak Direstui Ibu

Pelawak dan pelakon Indonesia Arie Kriting baru menamatkan zaman bujangnya bersama pelakon Indah Permatasuri berusia 23 tahun.

Pasangan ini selamat menikah pada 12 Januari lalu di Habitate Jakarta mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) pandemik Covid-19.

Setelah khabar pernikahan mereka tersebar, rupa-rupanya penyatuan dua hati ini sebagai suamai isteri masih belum direstui ibu Indah, Nursyah.

“Saya demi Allah, demi rasul, dunia akhirat, saya tidak mahu lihat orang itu, tapi anakku tetap anakku.

“Demi Allah, saya tidak mahu tahu (pernikahannya). Semoga terbelah, berantakan,” kata Nursyah seperti dilihat dari YouTube dan laporan media tempatan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wedding Photography (@imagenic)

Nursyah mengaku sebelum menikah, Indah ada meminta restu daripada bapanya. Namun, mereka tidak memberi restu dan tidak menyangka tanpa berwalikan bapa serta restu, Indah dan Arie tetap meneruskan niat mereka untuk menikah.

“Tapi, di hari pernikahan mereka, bapanya ada di rumah, tidur. Saya pula tak akan datang,” tegas Nursyah.

Sebelum ini, hubungan cinta mereka diterima baik oleh wanita itu, namun dia mula menentang dan mendakwa Arie menaklukkan cinta anak gadisnya dengan cara salah.

Dia menyifatkan pelawak dengan nama penuh Satriaddin Maharinga Djongki itu sebagai biadab. Arie juga didakwa melarikan Indah jauh dari keluarganya sehingga khabar mereka menikah.

“Apa yang membuat saya marah dan berasa tak wajar, Si Kriting iblis itu bawa lari anak saya. Iblis itu tak minta izin untuk membawa Indah keluar,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wedding Photography (@imagenic)

Kredit foto: IG Arie

Sementara itu, Arie menerusi Instagramnya berkata, perkahwinan mereka bukan untuk ‘melawan arus’ selain menegaskan restu ibu adalah utama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.