“Jngan Nanti Bila Dah Berjaya Ada Pula 0rang Meng4ta”Rita Rudaini ‘Kelvar Pagi Balik Mlm’ Cari Duit Untuk Ank

BERGELAR ibu tunggal dan membesarkan anak tanpa suami di sisi merupakan salah satu cabaran besar yang harus digalas oleh pelakon Rita Rudaini.

Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar berkata dia bekerja keras bagi memastikan dua anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerima pendidikan terbaik agar menjadi insan berjaya kelak.

“Panjangnya bil buku sekolah! Happy depa (mereka) tengok buku sekolah tahun ni… duit mummy boleh cari, yang penting belajar rajin-rajin.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada suami dan pembantu, Rita Rudaini terpaksa heret anak-anak pergi ‘meeting’ – “Otak rasa kembang macam span basah, banyak nak kena fikir!”

“Tak minta balas jasa cuma nak hangpa (anak-anak) senang bila dah besar nanti, boleh bantu orang yang memerlukan.

Rita buat persiapan persekolahan anak-anak.

“Bila sudah berjaya nanti, mummy tak kerja boleh bela (jaga) mummy pula, jangan nanti bila dah berjaya ada pula orang tu kata dia punya jasa, orang ni kata dia punya jasa!” katanya.

Rita memuat naik rakaman video menyediakan barangan persekolahan anaknya menerusi laman Instagram pada Sabtu.

Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah!
RITA RUDAINI
PELAKON
Dalam video itu, Rita menunjukkan buku-buku sekolah yang baru dibeli bersama resit harga barangan tersebut.

Dalam pada itu, Rita turut berpesan kepada dua anak lelakinya itu supaya belajar bersungguh-sungguh dan melihat sendiri kesusahannya mencari rezeki membesarkan mereka.

Rita kerja keras demi anak-anak.

“Mummy ni macam nak terberak cari duit… belajar rajin-rajin! Kasihan mummy cari duit.

“Keluar pagi balik malam, kadang-kadang keluar tak balik-balik cari duit nak bagi Rayyan dengan adik sekolah, ” ujarnya.

Rita berkahwin dengan pemain bola Aidil Zafuan pada 2008, namun bercerai pada September 2013.

Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini di bawah jagaan Rita.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.