“AJ4L M4UT Kita Ditentukan ALLAH” Dr Noor Hisham

Pada saat pandemik C0VID-19 dalam negara semakin membimbangkan, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah terus memberi semangat dan menitip pesan kepada petugas barisan hadapan.

Menerusi Facebook, Noor Hisham memberi pesan agar semua petugas hadapan memulakan kerja dengan menetapkan niat menjalankan khidmat kerana Allah agar semua beban dapat dipermudahkan.

“Saya menyeru kepada semua frontliners iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT. InshaAllah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT. Ajal ma ut kita ditentukan oleh Allah SWT,” tulisnya.

Beliau turut memetik sepot0ng ayat al-Quran bermaksud setiap yang bernyawa pasti akan ma ti dan pot0ngan ayat Al-Baqarah membawa erti ‘sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali’.

Hantaran Noor Hisham itu mendapat pelbagai reaksi yang turut mendoakan kekuatan barisan hadapan menghadapi situasi pandemik kali ini.

Peningkatan kes C0VID-19 baru-baru ini dilihat naik mendadak sehingga mencecah 4,029 pada 17 Januari yang lalu.

Kini kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Baru-baru ini turut dilaksanakan PKP di Kelantan dan Sibu, Sarawak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mykmu, MG

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.