“Pernah Makan Nasi Dengan Kicap”Fatin Afeefa N4k Kahwin Dengan Dlri Sendiri Je

Ibarat luka yang meninggalkan parut kekal, Fatin Afeefa mengakui perkahwinannya dengan pelakon Adam Shahz tidaklah sebahagia sebagaimana yang diharapkan.

Bercerai pada usia muda membuatkan aktres berusia 26 tahun itu trauma untuk berkahwin lagi.

“Saya tak nak lagi mendirikan rumah tangga. Mungkin buat selama-lamanya. Saya nak berkahwin dengan diri saya sendiri sahaja,” kata Fatin.

Kedengaran mungkin agak lantang. Namun, Fatin memberitahu bahawa dia benar-benar tidak mahu berkahwin lagi walaupun usianya masih muda. Dia juga sudah ‘tutup kilang’, enggan beranak mahupun berkahwin lagi.

“Orang yang berkahwin ada yang sebab mereka mahukan anak. Saya sudah pun mempunyai dua cahaya mata. Saya dah ‘tutup kilang’ tidak mahu lagi berumah tangga.

“Saya tidak merajuk. Cuma bagi saya, perkahwinan semacam membuang masa sahaja. Nak jaga hati lelaki lagi,” jelasnya.

Bagaimanapun, Fatin tidak menolak andai suatu hari nanti pintu hatinya terbuka untuk berkahwin. Namun, ada syarat-syaratnya.

Menurut pelakon itu, dia akan mempertimbangkan semula keinginannya untuk berkahwin jika bertemu lelaki yang menyokong kerjayanya sebagai pelakon.

“Kalau nak buat sesuatu selepas berkahwin nanti, saya kena jaga hati dan perasaan suami serta keluarganya. Sedangkan saya bukan sebegitu.

“Keluarga saya sekarang pun bergantung kepada saya. Maknanya kalau saya berkahwin nanti saya kena tinggalkan keluarga saya dan memberi fokus pada suami.

“Saya tak rasa ini (berkahwin) adalah idea yang bagus dan telah memaklumkan pada keluarga untuk memberi laluan kepada adik-beradik lain untuk berumah tangga,” katanya.

Atas alasan tersebut, lelaki yang mahu menikahinya kelak, haruslah sanggup menanggung ibu bapa dan anak-anaknya.

Fatin tidak mahu apabila sudah berkahwin nanti, dia tidak dapat membantu keluarganya daripada segi kewangan. Katanya lagi, dia takut untuk meminta wang daripada suami, bimbang akan dipersoalkan.

“Sudahlah masa itu syurga saya di bawah telapak kaki suami. Kalau suami cakap tidak boleh beri duit pada keluarga, kasihanlah.

“Sebab itu buat masa sekarang saya tidak fikir lagi untuk bersuami. Lagipun, karier saya sedang stabil dan semakin baik sekarang. Semuanya sebab tanpa kehadiran ‘lelaki’ yang memeningkan kepala,” jelasnya.

Kata Fatin, kegagalan dalam perkahwinan mengajarnya untuk bersedia dan tahu baik buruk jika ditakdirkan berkahwin lagi.

“Semasa berkahwin dahulu, saya pernah hidup susah. Sebelum ini dah biasa pegang duit, tetapi tiba-tiba lepas berkahwin, saya langsung tak ada duit poket.

“Sepanjang hidup dengan keluarga, saya tak pernah hidup susah. Tetapi, semasa berkahwin saya makan nasi dengan kicap sahaja. Saya dah tak nak hidup susah lagi selepas ini.

Kredit foto: IG Fatin

“Sebab itu sekarang saya kerja ‘gila-gila’ sampai tidak tidur sebab nak cari duit,” ujar Fatin yang segera menjauh jika ada mana-mana lelaki cuba memikat hatinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.