Syukur Selamat” Lihat Bagaimana Kabin Ciptaan Lelaki Selamatkan Barangan Berharga Ibunya Ketika Banjir!

Bermula daripada melihat sangkar ikan menggunakan plastik biru, seorang anak jati Temerloh nekad membina sebuah kabin terapung bagi menyimpan peralatan elektrik dan barangan berharga ketika banjir teruk melanda Pahang, baru-baru ini.

Difahamkan, kabin seolah-olah rumah rakit itu diperbuat daripada zink dan besi serta diapung menggunakan tong drum plastik.

Menurut Zahari Lambak, 55, kabin tersebut dibina untuk ibunya Mek Jah Omar, 77, yang menetap di Kampung Gantuk, Temerloh, Pahang.

Pengalaman menghadapi banjir buruk pada 2014 membuatkan dia mencari alternatif bagi menyelamatkan barangan daripada musnah ditenggelami air.

“Rumah mak saya pernah berhadapan banjir buruk beberapa tahun lalu dan ketika itu semua barangan elektrik rosak.

“Kejadian itu membuatkan saya terfikir bagaimana cara terbaik untuk simpan dan selamatkan barang-barang sekiranya kejadian sama berulang.

“Selepas melihat sangkar ikan yang dibuat menggunakan tong plastik biru saya mendapat idea membina kabin terapung,” katanya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kabin seluas 112 kaki persegi itu dibina dengan kos sebanyak RM1,000.

Jelasnya, kabin itu disiapkan dalam tempoh hanya empat hari..

“Kabin itu ternyata berguna ketika banjir, apabila barang-barang berharga dapat diselamatkan selepas air naik mencecah tiga meter di kampung berkenaan, pada 3 Jan lepas.

“Syukur barangan di rumah mak selamat daripada ditenggelami air,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Bernama

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.