Gara2 Bisnes Dikvtuk Makin Berjaya, Zoey Rahman Svjud Syukur Tepi Jalan

Sekitar tahun 2006, program realiti Gerak Geri Gasing menjadi pilihan kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti permainan ditonjolkan dalam rancangan tersebut.

Zoey Rahman yang merupakan pengacara pada ketika itu, kini sedang bergiat lebih aktif dalam bidang perniagaan dengan memiliki produk sendiri.

Biarpun sebelum ini pernah dipandang sinis oleh rakan artis dan orang sekeliling, namun usahawan berusia 36 tahun itu kini membuktikan dia mampu berjaya.

Baru-baru ini, pemilik nama Mohd Hairey Azhar itu berkongsi satu video saat gembira dan sebak kerana perniagaanya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.

Terima kasih Allah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 👾 (@zoeyrahman)

Menerusi posting itu, tanggal 18 Januari 2021 adalah tarikh buat dirinya kerana berjaya menaikkan dua papan tanda iklan di sekitar Lebuhraya Persekutuan.

Selain itu, dia juga mengakui sebelum ini hampir menyerah dan putus asa kerana harus melalui liku-liku perit jernih dalam membangunkan produk kosmetik sendiri.

Pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu juga melakukan sujud syukur tanda berterima kasih kepada Allah SWT dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Hal ini kerana, Zoey mengakui agak susah untuk melihat papan tanda besar jenama tempatan di sekitar lebuhraya berkenaan.

“Alhamdulillah. Dalam hati saya menangis gembira dan terharu. Hanya kalimah syukur dan sujud tanda hati ini sangat berterima kasih pada yang Maha Esa,” tulisnya di kapsyen.

Khabar gembira itu menerima ucapan tahniah daripada pengikutnya yang turut sama bangga dengan kejayaan yang dikecapi.

Alhamdulillah tahniah!

Boss yang ‘handsome’

Mantap!

Ada hikmah di akhir ujian

Tahniah diucapkan buat Zoey. Semoga kejayaan yang dimiliki ini boleh membakar semangat untuk lebih berjaya di masa akan datang!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Zoey Rahman

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.