Adik Neelofa Ameera Khan Up Gambar Baru, Sekali Kena Selar Dengan Warga Maya

Nama Little Miss Khan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang sering ‘bersiar-siar’ di media sosial.Little Miss Khan atau Ameera Khan yang merupakan adik kepada pengacara Neelofa itu juga dikenali sebagai social media influencer kerana dia mempunyai seramai sejuta lebih pengikut di Instagram miliknya.

Baru sahaja menyambut hari lahir ke-20, adik kepada selebriti popular Neelofa iaitu Ameera Khan kembali menjadi perhatian di media sosial miliknya.Dengan memiliki wajah kacukan Pakistan dan Arab, kecantikan Ameera sering menjadi idaman para gadis selain mempunyai aura sebagai seorang model.

Terbaru, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik gambar terbarunya, namun ramai pengikutnya atau orang luar bertindak menyelarnya

“Ada terbaca dia ni tegur little miss khan pasal aurat. entah dia ni ke adik dia ke. trigger terus kot. relex je la org tegur pasal aurat, asalkan tegurnya baik2. tp biasalah keluarga neelofa ni mmg jenis depa je bgs. org lain dak. lol. ambik org lain jela haris. famili lofa mmg sgt something. menakutkan”-Netizan

Rata-rata komen mengatakan Ameera sebagai toxic, dan Ameera tidak pun membalas komen-komen kurang menyenangkan itu. Posting itu juga sudah dijadikan ‘limited comment’.

Meskipun dihentam teruk, terdapat juga segelintir pengikutnya tampil mendoakan agar suatu hari nanti, Ameera akan mengikut jejak kakaknya untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Nama pengacara dan usahawan Neelofa dan kekasih hatinya, Haris Ismail trending nombor satu dalam Twitter

Lebih mencetuskan spekulasi apabila terdapat segelintir warga maya yang membuat andaian hubungan pasangan tersebut kini berantakan.

Desas-desus itu mula tercetus selepas beberapa pengguna media sosial mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.

“Ingat Tak Pakai Baju” Ameera Khan Muat Naik Foto Seksi

Nama Ameera Khan mungkin telah dikenali di luar sebagai salah seorang model terkenal dari Malaysia yang sering menjadi wajah utama beberapa jenama terkenal.

Selepas menyambut hari lahir yang ke-20 pada 9 Disember lalu, Ameera Khan telah memuat naik beberapa keping foto memakai baju jumpsuit berwarna nude.

Difahamkan gambar itu diambil ketika Ameera menjadi duta bagi produk rambut yang dikeluarkan oleh sebuah jenama tempatan.

Ameera kelihatan melepaskan rambutnya yang ikal mayang sehingga menampakkan kemanisan di wajahnya.

Apabila melihat di rungan komen, ramai netizen meninggalkan bermacam-macam jenis komen di laman Instagram adik kepada pengacara Noor Neelofa itu.

Ada antaranya yang memuji penampilan Ameera yang kelihatan cantik persis supermodel antarabangsa iaitu Kim Kardashian.

Namun ada juga yang mengecam tindakan Ameera memakai baju seakan-akan warna kulit sehingga membuatkan ada yang terfikir gadis berusia 20 tahun itu tidak memakai baju.

Status ditulis adik Neelofa seperti menyindir seseorang

Sebelum ini Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa turut memuat naik beberapa foto yang tertulis kata-kata seperti menyind1r seseorang.

” Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan.

” Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” ujar bekas isteri Sharnaaz Ahmad itu.

Kata-kata yang sama turut dimuat naik oleh dua orang lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:my net

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.