Ari Wibowo Buat Pengakvan, Cerita Kisah Tukar Ag4ma Dari Isl4m Ke Kristlan Lepas ‘Bertemu’ Tvhan di Gerej4 Jerman

Bagi mereka yang lahir di tahun 80-an dan 90-an, pasti korang kenal dengan hero kacak dari negara seberang iaitu Ari Wibowo.

Ari yang berusia 50 tahun ini dilahirkan di Jerman dan berpindah untuk menetap di Indonesia ketika dia berusia 10 tahun. Dia juga telah dilahirkan sebagai seorang Muslim, mengikuti agama bapanya.

Walau bagaimanapun, pelakon tersebut kemudian telah membuat keputusan untuk menukar agama kepada Kristian dan baru-baru ini, dia terbuka untuk menceritakan perjalanannya murtad atau pindah agama dalam satu wawancara di Youtube oleh Danial Mananta Network.

Tukar agama selepas ‘bertemu’ Tuhan

Menurut Ayo Jakarta, tanpa menyebutkan usia berapa dia menjadi penganut Kristian, Ari katanya telah mengaku menjadi murtad selepas mengunjungi sebuah gereja kecil di Jerman dan ‘bertemu’ Tuhan.
Saya sebenarnya lahir sebagai Muslim, ikut agama bapa saya. Saya kan lahir di Jerman. Jadi semasa di sana, walaupun saya beragama Islam, saya pernah mengunjungi sebuah gereja kecil di Konstanz, Jerman,” katanya.
Tambahnya lagi, saat dia masuk ke gereja pada masa itulah dirinya telah ‘bertemu’ atau ‘disapa’ oleh Tuhan Jesus.

“Jadi saat saya masuk ke gereja itu, saya bertemu Tuhan. Tuhan seperti pertama kali memperkenalkan dirinya kepada saya, iya jadi begitulah,” ceritanya.

Ari Wibowo dan isteri, Inge Anugrah

Ari kemudian telah mengunjungi semula gereja tersebut pada 2006 dan ingin memperkenalkan ia kepada isterinya, Inge Anugrah semasa bercuti di Konstanz, Jerman.

Tapi di tengah perjalanan, isterinya kemudian mengadu penat dan memutuskan untuk tidak mengikutinya untuk ke gereja tersebut serta meminta Ari dan ibunya saja ke gereja yang disifatkan Ari sebagai tempat pertamanya bertemu dengan Tuhan.

Menurut Ari, dia berasa bersyukur selepas pulang dari Jerman, isterinya kemudian disahkan hamil anak pertama mereka.

Oh ingatkan dia selama ni Muslim, tak sangka Kristian rupanya…. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:lobak merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.