“Mama Call Terus, Jngan Fikir Mohd Busy Atau…” Pesanan MK Untuk ‘Syurganya’ Boleh Buat Kita Tersentak!

Penyanyi rap kumpulan K-Clique, MK bertindak terus menghubungi ibunya selepas membaca sebuah potongan ayat mengenai tanda-tanda seorang anak derhaka.

Ayat tersebut menerangkan jika ibu bapa sudah mula risau dan takut bercakap dengan anaknya kerana menganggu atau membangkitkan amarah, maka individu tersebut adalah anak derhaka.

Susulan kenyataan tersebut, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 25, terus menghantar mesej kepada ibunya.

“Lepas ini kalau mama telefon, telefon terus. Jangan fikir aku kerja ka sibuk ka.
“Minta maaf ma, mama bapa lagi penting sebenarnya dan aku boleh ja luang lima minit untuk bercakap sama mama walaupun tengah kerja,” katanya.

Tambahnya, dia tidak mahu menjadi anak derhaka dan ibunya bila-bila masa saja boleh menghubunginya.

“Mohd tak mau jadi anak derhaka. Mohd tak mau umi fikir Mohd busy ka. Umi doakan mad nah,” katanya.

MK berkongsi perbualan berkenaan menerusi Instagram Storynya.

Tambah manis, MK turut meletakkan nama ibunya, Kamariah sebagai ‘Syurga’ di telefon bimbitnya.

Anda boleh kesemua perbualan tersebut di bawah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.