Pengakvan Safiey Illias Tentang Kerap Buat Pembed4han Wajah Memang Berani Matl, Macam Mainan Pula Dibuatnya

Usahawan kosmetik sensasi, Safiey Illias menafikan bahawa dirinya mencari kepuasan kecantikan dan ketenangan diri dengan melakukan pembedahan pada wajah selama ini.
Sebaliknya, menurut Safiey, tindakannya ‘mengubah’ bentuk wajahnya itu sebenarnya dibuat hanyalah atas faktor minat dan hobi semata-mata.

“Ratu bedah bukan sebab ada masalah, stres, down dan tak ada kena mengena dengan ketenangan ke apa ke. Nak cantik? Ratu buat bukan untuk kecantikan dan bukan kecantikan kepuasan yang ratu cari.
“Memang hobi ratu suka berbelanja, suka cantikkan diri, suka bedah, suka beli barang lepastu tak pakai, ratu preloved,” jelasnya yang membahasakan dirinya ‘Ratu’ menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.
Safiey berkata demikian sebagai menjawab persoalan netizen yang bertanyakan perihal sama ada dirinya memperoleh ketenangan diri atau tidak dengan melakukan segala bentuk pembedahan fizikalnya selama ini.

Jelasnya lagi, segala tindakan yang dibuat itu adalah atas kemahuan sendiri tanpa melibatkan mana-mana individu di sekelilingnya.
“Ratu buat untuk diri sendiri bukan sebab shuben (laki) suruh ke, sebab orang ke atau sebab sesiapa sahajalah, tak ada kaitan.
“Ratu buat untuk diri Ratu dan Ratu gembira sebab itu yang Ratu suka buat.
“Kalian tak boleh samakan minat Ratu dengan minat kalian. Ada orang minat motor, minat kumpul tupperware, minat memancing. Jadi, setiap orang hobi berbeza-beza,” jelasnya.

Sebelum ini, Safiey sering mencuri perhatian netizen dengan perkongsiannya mengenai pembedahahan estetik yang dilakukannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.