‘Beribu Sehari Memang T4k Terkejar’Makcik Positif C0vid-19 Tertanya Kenapa KKM Tak Datang Ambil

SAMA ada bergejala mahupun dikenal pasti sebagai kontak rapat, masyar@kat kini mula menyedari mengenai kepentingan untuk melakukan ujian saringan.

Terdapat dua teknik untuk ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen atau lebih dikenali sebagai RTK) atau kit ujian pantas antigen dan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR).

Walaupun RTK memberikan keputusan ujian yang lebih pantas, namun teknik tersebut tidak disarankan oleh Kemnterian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diagn0sa C0vid-19.

Keputusan ujian yang lebih tepat melalui teknik rRT-PCR atau lebih dikenali sebagai PCR, yang digunakan oleh ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan C0vid-19.

Orang ramai melakukan ujian saringan C0vid-19. gambar hiasan / Foto AZHAR MAHFOF/The Star

Seorang d0ktor berkongsi pengalaman beliau didatangi seorang wanita berusia secara bersendirian sebelum memberitahu sesuatu yang mengej0tkan.

“Puan, kenapa puan datang hari ni? Wanita tu dah berumur, datang seorang. Saya hari tu dem@m. Selepas tu pergi h0spital *tut* buat (ujian) swab, mereka kata positif.

Jadi makcik kuar@ntin kat rumah. Tunggu juga orang KKM datang ambil, tapi tak ada pun. Orang h0spital tu kata, orang KKM nak ambil,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Walaupun tidak didedahkan butiran l0kasi ujian itu yang dilakukan oleh pesakit itu, namun ia dipercayai dibuat di klinik atau h0spital swasta.

Dr Sakinah Sulong memakai peralatan perlindungan diri (PPE). foto facebook Sakinah Sulong

Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga bertanya lebih lanjut, dan wanita berusia itu memberi gambaran dia menjalani ujian RTK berdasarkan kosnya yang lebih murah berbanding PCR.

Saya buat 1 hari bulan (hb) hari tu, 2hb hospital telefon. Makcik duduk diam-diam je lah kat rumah. Makcik ada pakai gelang tak? Saya tanya sambil intai di lengannya… tiada gelang,” tanya beliau yang merujuk kepada gelang sebagai tanda seseorang itu menjalani kuarantin.

Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di h0spital swasta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pes4kit ini
DR SAKINAH SULONG

Dr Sakinah kemudian meminta staf beliau memeriksa nama pes4kit tersebut menerusi Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam (Simka), di mana sebarang keputusan PCR pes4kit akan didaftarkan, sama ada dari hspital ker@jaan atau sw@sta.

“Tiada namanya tersenarai. Sah, dia buat RTK. Tapi RTK bukan ujian pengesahan. Sepatutnya kena buat ujian PCR kalau RTK positif, baru seseorang disahkan sebagai pes4kit C0vid-19.

“Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di hspital sw@sta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pes4kit ini.

“Yang ada dalam senarai pun, beribu-ribu satu hari, memang tak terkejar semuanya. Apatah lagi kalau tiada nama dalam sistem Simka tu,” ujar beliau.

Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.

Walaupun pesakit itu kurang kesedaran mengenai ujian Covid-19 yang dilakukannya, namun Dr Sakinah menyentuh mengenai kepatuhan wanita tersebut menjalani kuarantin.

“Nasib baiklah makcik duduk je diam-diam dalam rumah walaupun dia tak pakai gelang. Dan memandangkan tempoh 10 hari dah berlalu, makcik ini dah dianggap telah melepasi tempoh kuarantin 10 hari.

“Memang kes ini bukan k3s terpencil. Memang ia boleh berlaku kerana lambakan k3s daripada h0spital ker@jaan mahupun klinik atau hospital swasta. Tanggungjawab pihak yang melakukan swab untuk mengesan keputusan dan memaklumkan kepada pes4kit serta notifikasi kalau perlu… dan mengemaskini maklumat dalam sistem Simka agar tiada k3s yang tercicir,” katanya.

Nasihat Dr Sakinah supaya individu perlu bertanggungjawab menjalani kuarantin di rumah.

Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang menjalani kuarantin di rumah agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pakai gelang, duduklah diam-diam di rumah. Pihak p0lis yang buat sekatan jalanraya, mungkin boleh minta pemandu selak sikit lengan baju agar mereka tidak terlepas.

“Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab kalau anda dah pakai gelang. Tak patuh arahan kuarantin, anda boleh dik0mpaun RM1,000. Jaga diri, semoga dengan itu, orang kesayangan anda pun terjaga,” ujar Dr Sakinah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.