“Lebih El0k Awak Habiskan Masa PKP Dengan Amal Ibadah”Kongsi Video Men4ri,Wani Kayrie Dikec4m

ndakan penyanyi Wani Kayrie, 21, memuat naik video tarian TikTok di Instagram (IG)nya telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikut.

Wani menerima teguran daripada pengguna @qayyum_yum01 yang menasihati dirinya untuk beribadah memandangkan kini negara sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Ni Covid-19 ni lebih baik buat perkara yang dapat pahala. Solat, mengaji dan lain-lain ibadah. Mungkin awak buat macam tu dipuji orang tapi di mata Allah?

“Saya tak kata saya baik tapi lebih elok awak habiskan masa PKP dengan amal ibadah,” tulisnya di ruangan komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WANI KAYRÍE (@wanikayrie)

Tidak melatah dengan peringatan itu, pelantun lagu Aksara Cinta membalas komen individu terbabit.

Kata pemilik nama Syazwani Abdullah, dia tidak perlu menunjuk ibadatnya kerana itu adalah urusan bersama Allah.

“Biarlah ibadah itu secara ikhlas bukan niat menunjuk-nunjuk. Allah saja tahu ibadah hamba-Nya,” tulisnya.

Sebelum ini, Wani mengingatkan peminatnya untuk terus kekal berada di rumah bagi mengekang wabak Covid-19.

“Semua negeri dah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecuali Sarawak, jadi apa je aktiviti korang dekat rumah tu?

“Buat jelah apa-apa yang boleh menghiburkan diri yang penting tak keluar rumah tanpa urusan penting! Kita jaga kita dan jaga kesihatan sentiasa!” tulisnya sebagai kapsyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.