Perl3keh Darvrat Diisytihar Agong, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

Pengacara terkemuka, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA sering mengundang pelbagai kecaman daripada warganet kerana mulutnya yang lancang.

Terbaru menurut laporan Astro Awani, pihak polis mengesahkan dan memanggil pengacara berusia 54 tahun itu ke Bukit Aman bagi membantu siasatan penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan itu dijalankan kerana dipercayai telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-pertuan Agong.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video tersebut.
“Rakaman yang berdurasi 41 saat itu telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021,” jelasnya dalam kenyataan media hari ini/

Siasatan itu telah dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998.

Selain itu, siastan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang memuat naik video itu juga akan diteruskan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Astro Awani (Fareez Azman)

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.