Lawak Lvcah Menjadi-jadi, Dvrjana Betul

Sudah banyak rungutan mengenai rancangan komedi yang tidak kena dengan situasi di Malaysia, namun tiada perubahan yang dilakukan.

Rancangan komedi yang banyak elemen lucah dan lawak bodoh ini bersiaran pada waktu perdana memberikan kesan negatif kepada penonton, lebih-lebih lagi generasi pelapis negara.

Seorang pengguna Facebook menyuarakan kemarahannya kerana lawak ‘double meaning’ ini membuatkan anaknya terpinga-pinga dengan gelak tawa penonton. Pelbagai persoalan diajukan kerana tidak memahami konteks lawak tersebut.

Foto : FB

Menurut Nor Ashikin lagi, penerbit rancangan, produser, penulis skrip dan semua yang terlibat dengan karya ini bertanggung jawab di atas produk sebegini.

Mungkin mudah untuk menamatkan perkhidmatan Astro, namun sebagai rakyat Malaysia yang bertanggung jawab, tegurannya perlu demi negara dan anak bangsa.

“Pelakon-pelakon pun bodoh, masa kau dapat skrip atau rehearsal kau tak komen ke skrip? Takda harga diri ke lakonkan skrip murahan macam ni?”

Foto : IG

Selang dua hari status tersebut viral, Nor Ashikin mendapat panggilan daripada pihak Astro yang berterima kasih atas tegurannya lalu menarik siaran episod tersebut.

Foto : FB

Dalam status sama, Nor Ashikin turut memberikan pandangannya mengapa stesen televisyen tersebut semakin kehilangan arah. Antaranya ialah pengacara (Nabil dan Jihan) yang gagal menunjukkan contoh yang baik kepada penonton seperti melakukan ‘body shaming’, lawak bodoh, tiada protokol dan tidak menghormati pihak juri dan penonton.

Selain itu, dia juga mencadangkan agar rancangan lawak dikurangkan kerana ianya menyebabkan lambakan penghibur yang tidak bermutu dan berkualiti atau suam-suam kuku.

Foto : IG

Ianya turut dipersetujui oleh warganet yang meminta pihak berkuasa lebih bertegas terhadap artis yang muncul di televisyen.

Foto : FB

Bagus lah bila teguran masyarakat diambil kira. Maka kita harapkan agar pihak stesen televisyen lebih peka dengan kritikan yang membawa kepada kebaikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.