Gara2 Buat ‘Live’ Sambil Baring, PU Azman Tertidvr Sampai Kawan Terp4ksa ‘call’

Pendakwah bebas, PU Azman cukup dikenali di laman sosial dan meraih perhatian warganet dek kerana penyampaian ilmu dengan cara yang santai.

Ini kerana banyak elemen lucu yang diselitkan dalam perkongsiannya sehingga warganet berasa senang dengan penyampaian pendakwah yang pernah mendapat gelaran ‘Lee Dong Wook’ Malaysia itu.

Malah, dia juga sering ‘buat hal’ dengan memuat naik ‘content’ berunsurkan lawak jenaka di laman sosial yang menghiburkan hati pengikut serta rakan selebriti lain.

Hari ini, pendakwah berusia 40 tahun itu memuat naik paparan skrin yang dilihat tertidur ketika membuat IG ‘Live’ sambil berbaring menghadap kamera telefon.

Tertidur ketika buat IG Live

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

“Hahahahaha.sorry gaissss. Ni lah padahnya bila live sambil baring. setengah jam tertido wei. Sampai ada yang call. Sori @ajimmajid, ustaz silent henset,” tulisnya.
Aduh, lama juga beliau tertidur sampai kenalan terpaksa ‘call’ semata-mata nak kejutkan dia! Difahamkan lagi, aksi tertidur itu telah dirakam selama setengah jam dan ditonton oleh pengikutnya di Instagram.

Itulah, siapa suruh berbaring sambil ‘live’… kan dah tertidur. Hah, mesti gelak sakan warganet menonton keletah PU Azman yang tertidur selama tempoh terlelap itu.

“Setakat yang sweetkapel voice call sampai tertidur tu dah boleh duk belakang, meh belajar dgn aku. Terjaga, bila dengar pintu bilik dibukak, dan..,” tambahnya lagi di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti meninggalkan komen mereka pada perkongsian berkenaan yang menyifatkan perkara tersebut adalah lucu.

Epik PU Azman!

Seronok tengok ustaz tidur

Tidur pun kami terhibur

Buat hal betul PU Azman ni

Pemilik nama Azman Syah Alias itu adalah pendakwah bebas, pengacara dan pelakon Malaysia. Bakatnya dicungkil menerusi rancangan TV realiti terbitan ASTRO, Pencetus Ummah musim kedua.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram PU Azman

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.