Tiada Babak Sent0h Wanlta, Syafi Tee Jaga Nama Baik Sebagai Anak Dr Ridhuan Tee

Pelakon baru, Syafi Tee tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak kepada pendakwah terkenal iaitu Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak mula menjinakkan diri dalam dunia seni.

Malah, pelakon berusia 28 tahun itu sangat beruntung kerana bapanya yang digelar ‘Papa’ itu memahami selok-belok dunia seni serta cabaran yang ditempuhi sebagai seorang pelakon.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru. 
“Papa sudah masak dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada pihak BH Online.

Dia yang mula digilap menerusi Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) dua tahun lalu menanggap cabaran dan ujian merupakan asam garam dalam setiap bidang pekerjaan.

Menurut pemilik nama Mohd Syafi itu, dia menegaskan bahawa nasihat Papa dan keluarganya amat penting selain berharap agar dirinya terus istiqamah dengan prinsip yang dimiliki.

Antara pesanan diberi oleh bapanya yang juga ahli akademik adalah soal menjaga batas bukan mahram ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun mesti berlapik,” ujarnya lagi.

Tambah Syafi, bapanya sering mengingatkan dan menasihatinya supaya tidak melakukan perkara bukan-bukan sewaktu di set penggambaran.

Malah jika berasa tidak selesa dengan mana-mana babak lakonan, dia akan berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain yang lebih sesuai.

Sejak dua tahun bergelar pelakon, Syafi membintangi beberapa drama terbitan TV3 seperti Ironi Kasih, Tuan Danial, So Kampung, Tragedi Balik Kampung dan terbaru, Hadiah Dari Tuhan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:BH Online (Zaidi Mohamad)

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.