Aksi Siti Nurhaliza Masak Mi Goreng Dapat Perhatian, Walaupun Nampak Semput Tapi Tetap Comel!

Umum sudah mengetahui bahawa penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi kini sedang hamil lima bulan.

TokTi baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-42 tahun pada 11 Januari lalu yang mana ia diadakan dengan penuh sederhana bersama dengan keluarga dan teman rapatnya.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu turut baru selesai menjalani pengambaran sebuah program yang memerlukannya menujukkan skill memasak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)


TokTi telah menunjukkan skill memasaknya dan sekali gus menarik perhatian peminat yang menonton video pendek tersebut.

Walaupun sedang hamil, TokTi masih kelihatan cantik dan comel walaupun jelas kelihatan beliau seperti agak semput sedikit selepas selesai memasak.

Beliau turut sempat mengimbas kembali kenangan menjual kuih ketika masih menetap bersama dengan ibunya di Kuala Lipis.

Nampaknya ramai yang terliur dengan masakan TokTi itu, sampai ada yang kembali rasa lapar selepas menonton video tersebut.

Dalam perkembangan lain, TokTi baru sahaja melancarkan Music Video lagu Takhta Dunia di laman YouTube dan kini video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 300,000.

Tak sabar pula rasanya nak tunggu single TokTi untuk anak keduanya tu nanti.

Agak-agak mesti ada juga macam Siti Aafiyah dulu kan?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.