“Farhan Tak Pernah Cvrang…”Dr Erin Kecew4 Beks Suami Dijadikan Bahan Jenaka

Bekas isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan, Dr. Erin meluahkan rasa kecewa dengan sikap netizen yang cuba menjadikan bekas suaminya itu sebagai bahan jenaka susulan kontroversi dakwaan kes curang mengaitkan pelawak Shuk.

Menurut Dr Erin atau nama sebenarnya, Noorainul Naqim Mohd. Radzi, dia menyifatkan tindakan individu yang cuba menyenaraikan bekas suaminya sebagai antara lelaki curang adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Bukan nak backup sebab masih cinta ke sayang ke tapi sebagai seorang manusia yang ada hati belas kasihan, saya tak sampai hati betul tengok.

“Baik buruk semua campur hentam semua sekali. Bergurau dengan menjatuhkan maruah orang di media sosial secara berjemaah dengan video-video bodoh ni.

“Yang buat video tulis ciri-ciri lelaki curang tu pergi letak muka ustaz Farhan. Dia tak curang pun. Situasi Shuk dgn situasi Farhan tu tak sama langsung,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam hantaran itu, Erin turut berkongsi sedutan beberapa video kompilasi TikTok yang menyeneraikan perbandingan antara lelaki curang dan lelaki setia yang dilakukan netizen.

Begitupun, kata Erin, sekalipun dia pernah hidup bermadu, dia menyifatkan bekas suaminya itu seorang yang cukup bertanggungjawab.

“Farhan tak pernah curang dengan isteri dia sampai pergi lepak rumah skandal sampai bini kena melilau tengah malam cari laki. Farhan tu adil sangat sebagai seorang suami dan ayah.

“Selama dia berpoligami dia tak pernah abaikan tanggungjawab dia kepada pihak sana dan anak-anak dia,” katanya.

Jelasnya lagi, dengan penularan video ‘gurauan’ itu akan meninggalkan kesan mendalam terhadap keluarga dan anak-anaknya.

“Tolonglah dia masih ada mak ayah, keluarga dan anak-anak yang akan membesar dan akan pandai guna media sosial suatu hari nanti.

“Apa perasaan anak-anak saya tu walaupun anak-anak tu anak tiri saya. Sedihlah terfikir macam mana esok ni orang dok buat lawak ‘wei walid hang tu lelaki curang eh’. Allah nauzubillah min zalik.

“Kalau lelaki nikah 2 3 4 tu curang kenapa tak diletakkan sekali gambar-gambar figura awam alim ulama, menteri-menteri, artis-artis yang ramai bini tu?” luahnya.

Katanya lagi, dia cukup terkilan apabila ramai yang menyalah gunakan platform media sosial untuk dijadikan medan untuk menghukum dan menghina orang.

“Yang setia tu sebab tak diuji macam tu, jangan pula sebab korang dok puji-puji sangat yang setia tu menjadi asbab Allah bagi ujian curang pula pada yang setia tu,” katanya.

Sebelum ini, kisah Erin yang merupakan janda anak lapan pernah mencuri tumpuan ramai apabila bernikah dengan Da’i Farhan di Makkah sebagai isteri kedua.

Da’i Farhan kemudian dikatakan menceraikan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain Mat Aris.
Bagaimanapun, Erin kemudian mendedahkan mereka berpisah secara baik pada April 2020

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.