“Yang Berserban Pun Liw4t 0rang”Al-Quran Tiada Kata Baju Kurung Milik Wanita

Sebelum ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Sajat ditahan dan disiasat mengikut undang-undang kerana terdapat beberapa aduan yang diterima tentang perilakunya.

Berikutan perkara tersebut, pemilik nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman itu seakan-akan ‘memberontak’ apabila sering mempersoalkan kebebasan hak asasi manusia di laman Instagram.

Yang berserban pun liwat orang

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajat23)


Menerusi perkongsian tersebut, usahawan berusia 36 tahun itu dilihat masih tidak berpuas hati dengan tindakan dan kritikan yang diterima olehnya berhubung tindakan memakai pakaian menyerupai wanita.

Selain itu, dia juga mempersoalkan jika terdapat mana-mana surah al-Quran yang mengatakan baju kurung hanya boleh dipakai untuk kaum wanita selain turut menegaskan dirinya masih menutup aurat.

“Buat kebaikan pada agama, terus kata kita salah pakai perempuan. Ada ke mana-mana surah al- Quran mengatakan baju kurung ini milik wanita??
“Saya pakai tutup aurat.. cuba bagi tahu mana surah mengatakan yang baju kurung itu milik wanita,” soalnya dengan berkongsi video ketika membuat amal jariah.

Justeru itu, Sajat meminta pihak berwajib untuk memberi ulasan yang lebih kerana baginya tiada tertulis di dalam al-Quran bahawa pakaian tersebut hanya untuk wanita.

Sajat juga sempat membidas mengenai isu semasa yang disifatkan lebih keji daripada tindakan yang dilakukan oleh dirinya.

“Kalau saya salah saya minta maaf. Sebab itu yang saya tahu dalam surah. Selanjutnya boleh minta pihak berwajib ulaskan.

“Kecoh sangat bila bagi sedekah pakai baju kurung semua nampak salah! Korang pergi masukan daging lembu tanpa status halal atau haram macam mana pula? Berzaman-zaman kami makan benda tak tahu statusnya,” luahnya.

Berdasarkan laporan media tempatan, mahkamah telah menetapkan 23 Februari ini untuk sebutan semula kes berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Nur Sajat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.