Cuak Punya Pasal, Sampai 3 Kali Nurse Tenangkan Ustaz Don Ketika Buat Swab Test!

Baru-baru ini, gelagat lucu seorang penceramah bebas, pengacara televisyen dan pensyarah terkenal, ketika membuat swab test iaitu Ustaz Don mencuri perhatian ramai selepas memuat naik satu video di laman Instagram milik beliau.

Mana tidaknya, wajah beliau yang kelihatan tough dan berani itu sebenarnya tidak lah seperti yang disangka!

Lihat video di bawah ini :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)


Turut menulis di kapsyen beliau :

“Ya Allah, rasa SYUKUR yamat (asai perkataan ‘yang amat’ tapi di ringkas ikut percakapan)… Leeeegaaa rasa lepaih buat swab test semalam.

Iya laaaa~, mana la kita nak tau kita ada Covid ka dak kan… Jenuh laa dok tagak tagak…

Haaaa… lepaih buat tu… naaaahhhh… leggggaaAAA la rasa. Puaih.

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالمِين

Berkat doa semua. Keputusan dia negative.

Cerita dia lagu ni, siapa nak pi buat swab test, dia ada beberapa cara. Hat saya nak share ni, hat yang saya tau na.

Mai nak share…

1) Kalau yang drive tru.

Saya buat kat @kumpulan_megaklinik_zahran jadi, sapa nak p, p masa lunch. X ramai sangat. Masa saya p tu, ada la dalam 6 biji keta ja beratuq. Sat saja.

Masa kita dok beratuq tu nnt petugas kesihatan akan mai. Depa akan mintak IC pastu depa akan tanya. Nak buat jolok hiduq saja ka, atau buat jolok hidung n tekak sekali. Kita habaq la nak yang mana. Lepaih tu depa minta la bayaq untuk perkhidmatan itu. Ada la dalam RM150. Selesai.

Lepaih tu, kira tunggu giliran keta kita berenti depan booth tu, pastu depa swab la (video 1) lagu hat hangpa tgk ni.

Lepaih tu result akan dapat dalam 3jam. Xpa xpayah kalut. Balik rumah dulu. Sbb depa nnt Wassup atau emel kita result.

2) walk in. Hat ni saya tak berapa tau. Tapi kalau pi time lunch, xdak orang jugak. Perasan sebab orang semua nak p makan kan. Tu pasai xdak orang sangat..

Ok. Terima kasih semua na hat #doa kat saya, hat #tolong bantu dalam urusan dan juga hat #bagipeluang untuk kita sama2 dapat melalui hidup yg penuh bermakna ni.

وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب

Semoga Allah membalas setiap perbuatan kita dengan ganjaran yang sebaik-baiknya. آمِين يٰـا رَبّ الْعَالَمِين “

Don Daniyal bin Don Biyajid atau lebih mesra dipanggil Ustaz Don meluahkan rasa lega dan bersyukur kerana keputusan yang diperolehi adalah negatif.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Ustaz berkenaan turut sama ketawa melihat gelagat Ustaz yang takut mahu buat swab test itu!

Alahai comey lah Ustaz ni.

Sebenarnya tak sakit pun buat swab test, perasaan takut tu je yang membuatkan kita sedikit ‘cuak’.

Bak kata omputeh, don’t overthink and just let it flow. OK!

Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari virus Covid-19. Amin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.