“Ada K@la Sak1t S4ngat, Gugvrkanlah D0saku” Karl Shafek

Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan dirinya harus menjalani ujian darah pada setiap bulan bagi memantau tahap keradangan dalam tubuhnya.

Jelas Shafek, keradangan dialamainya itu berpunca daripada penyakit Ankylosing Spondilitis yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Katanya lagi, bacaan darahnya ketika ini jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan manusia normal.

“Rutin setiap bulan. Check darah untuk pantau tahap inflamation dalam badan sejak setahun lepas. Hopefully result darah keluar nanti takdelah tinggi sangat radang dalam badan ni.

“Normal people 3-5 je reading dia. Tapi saya around 60-80. Pernah turun tiga kali je ke tahap 35-45. Tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondilitis ni,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, bekas pengacara Hlive ini turut memberi tahu dirinya harus mengambil ubat tahan sakit bagi mengawal tahap keradangannya itu.

Malah, ada kalanya juga dia hanya membiarkan sahaja rasa sakit tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan.

“Hari-hari telan ubat untuk control radang tu dan ubat tahan sakit je la 5-6 jenis. Kalau radang naik sampai 70-80 memang kena jaga-jaga. Masa tu dia boleh serang mata atau tisu badan yang lain. So far sakit belakang memang sentiasa ada.

“Kena selalu physio je la utk kurangkan. Ada kala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa so hadap je la. Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah SWT gugurkanlah dosa-dosaku. Amin,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Shafek lekas sembuh.

Terdahulu, menurut laporan Harian Metro, ‘Ankylosing spondylitis’ (AS) adalah sejenis artritis yang umumnya memberi kesan kepada tulang belakang. Ia amat menyakitkan dan boleh bertambah buruk sehingga mengakibatkan keradangan pada sendi-sendi tulang belakang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.