Cvri Duit Jiran Buat Beli Barang Kemas, Bakinya Siap Bagi Mentua Lagi

Dia hanya seorang suri rumah namun berani memecah masuk rumah jiran dan mencuri RM50,000 sebelum melarikan diri ke Kuala Lumpur.

Dengan wang itu, dia membeli barang kemas manakala bakinya pula diserahkan kepada ibu mentua kononnya ia hasil kemenangan loteri.

Itu tindakan D Mogana, 24, dari Kuala Pilah yang akhirnya menerima balasan atas perbuatannya apabila Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadapnya.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu terhadap Mogana yang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah didiami R Letchmee, 78, dan mencuri wang tunai RM50,000 tanpa izinnya di sebuah rumah di Taman Bahagia Delima, di sini, pada 21 Januari lalu, 7 pagi.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Muhaimin Mohd Azman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:harian metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.