Fadzil Zahari Dedahkan Ada Wanita Ingin ‘Try’ Dirinya Ketika Yana Samsudin Berada Dlam P4ntang

Isu kebahagiaan rumah tangga berantakan bukan hanya dipertontonkan di kaca televisyen sahaja, malah banyak kes sama berlaku di dunia realiti.

Namun, perkara ini perlu dicegah dari awal supaya seseorang itu tidak berlaku curang kepada pasangan.

Perkara ini dikongsikan oleh pelakon dan penerbit Fadzil Zahari yang menceritakan situasi yang dilaluinya sendiri.

Suami kepada pelakon Yana Samsudin ini memuat naik satu video di Instagramnya pada 28 Januari 2021.

Menurut caption:-

“Sondol la laki bujang, bukan sondol laki orang…

Abang pun tak paham perangai orang macam ni, dah tau abang ni laki orang, sibuk nak try lagi, hang dah kenapa?

Pompuan ni start mesej telegram abang, masa isteri abang tengah berpantang anak no 2, siap send gambaq seksi dia…

hangpa tengok la sendiri…hmmmm”

Fadzil memberitahu, kecurangan kebiasaannya bermula daripada mesej perkenalan.

Untuk mengelakkan perkara tidak diingini, perbualan itu perlu ditamatkan sejak awal.

Beliau juga berkongsi pengalamannya sendiri apabila melalui perkara sama ketika Yana sedang dalam pantang untuk anak kedua.

Fadzil menceritakan kegigihan seorang wanita dipanggil ‘Ika’ yang cuba mendekatinya sehingga menghantar foto seksinya.

Bagaimanapun Fadzil bertindak bijak dengan menjelaskan situasi dirinya, selain memberi nasihat kepada Ika supaya menjaga penampilan dan tidak mengganggu suami orang.

Bagus tindakan Fadzil ini, boleh menjadi contoh buat semua yang melalui perkara sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hotfm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.