Fify Azmi Sk4ndal Dengan Suami Orang Lagi?

Pelakon filem Wira, Fify Azmi sekali lagi terpalit skandal ‘suami orang’ apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor, Kodi Rasheed.

Sebelum ini, nama Fify pantas mencuri perhatian ramai apabila dikaitkan sebagai punca perpisahan aktor, Rashidi Ishak dan bekas isterinya, Vanidah Imran, yang disahkan bercerai pada Ogos 2018.

Namun, Fify menafikan sekeras-kerasnya menjadi orang ketiga, manakala Rashidi pula menganggapnya sebagai rakan sekerja apabila tampil dalam video iklan minyak keluarannya.

Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi turut mengakui sudah mempunyai kekasih.

Kini, Fify dilihat rapat dengan Kodi selepas bergandingan dalam drama Ryan Aralyn, tahun lalu. Mereka sekali lagi bekerjasama menerusi drama Skuad JPJ arahan Pali Yahya yang menjalani penggambaran di Melaka, baru-baru ini.

Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Fify menafikan hubungan rapat dengan Kodi umpama ada udang di sebalik batu.

“Saya tak tahu nak beri reaksi bagaimana terhadap dakwaan ini. Asalkan rapat sahaja keluar kisah dongeng dan skandal, sedangkan saya rapat dengan semua pelakon.

“Saya belum buta mata dan hati mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kodi sudah berkahwin, tak baik mereka-reka cerita yang tidak betul.

“Lagipun, saya sudah mempunyai kekasih, sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan cinta,” katanya kepada BH Online.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

Bekas finalis program Dewi Remaja 2014/2015 itu berkata, dia berada di Melaka bagi melunaskan baki penggambaran filem Roh 100 Hari untuk Astro First, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dilaksanakan.

“Secara kebetulan, Pali dan pasukan kerjanya berada di Melaka, awal tahun ini. Saya pula berada di sana untuk penggambaran filem Roh 100 Hari.

“Jadi, saya dan pelakon Skuad JPJ seperti Kodi, Fiza Thomas dan Saharul Ridzwan menyambut hari lahir Pali di sebuah restoran. Ada pelakon lain sanggup datang dari Kuala Lumpur untuk meraikan Pali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ShAzmEeR (@kodi_rasheed)

“Namun, ada yang salah anggap terhadap saya dan Kodi. Tak baik curiga terhadap hubungan rapat kami,” katanya.

Sementara itu, Kodi berkata, dia dan Fify sekadar rakan seperjuangan dalam industri hiburan.

“Saya dan Fify berkawan sahaja. Hubungan kami tiada membabitkan perasaan. Kami jadi rapat kerana sudah dua kali bergandingan bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fifyazmi (@fifyazmi)

“Saya akui, kami banyak berkongsi soal kerjaya. Banyak juga yang dikongsikan mengenai pengalaman berlakon.

“Saya, Fify dan Riz Armin juga buat bisnes produk kesihatan bersama. Mungkin disebabkan itulah ada yang menganggap hubungan kami rapat lain macam,” kata yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.