Hetty Sarlene Selamat Bersal1n Bayi Lelaki, Beri Nama Landon Alexander Oakes, Tahniah!

Penyanyi Hetty Sarlene selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan di Singapura semalam.

Berita gembira itu dikongsikan Hetty atau nama sebenarnya, Hetty Sarlene Abdul Hamid, 37, menerusi satu hantaran di Instagram.

“28/01/21 – 3.25 petang. Bayi lelaki kami lahir ke dunia ini dengan berat 3.2 kilogram.

“Kami ingin memperkenalkan kepada anda, anak lelaki kacak kami, Landon Alexander Oakes,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, Hetty turut berkongsi gambar wajah bayinya itu.

Katanya, segala kesakitan yang dialami sepanjang mengandungkan bayinya itu hilang selepas melihat kehadiran bayinya itu.

“Semua kesakitan, malam tak cukup tidur, hampir 16 jam dalam dewan bersalin, 2 ke 3 minit kontraksi yang kuat, teran dan rasa loya cukup berbaloi!” katanya.

Hetty mendirikan rumah tangga dengan lelaki kelahiran London, Daniel Oakes atau Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.