Fahrin Ahmad Malas Layan D4kwaan ‘Beblrd Terj0jol’ Ketika Mengacara

Fahrin Ahmad enggan mengulas lanjut dakwaan bentuk alat sulitnya kelihatan ketika bersiaran langsung mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).

Banyak perkara tidak dijangka boleh berlaku ketika siaran langsung dalam program televisyen, dan kali ini giliran Fahrin pula menjadi buah mulut netizen. Nampak ‘terjojol’, kata mereka.

Kredit foto: IG Fahrin

Berkata kepada Kosmo!, Fahrin, 41, bagaimanapun tidak mahu menghiraukan isu yang sengaja dibangkitkan itu.

“Rasanya, benda begini baik dibiarkan sahaja. Lagi pun, lagi diulas, lagi orang korek nanti. Takut daripada sekelompok sahaja yang tahu, makin ramai nak ambil tahu nanti.

“Itu bukan kegagalan pakaian (malfunction). Sudah berpuluh kali saya pakai seluar itu.

Kredit foto: Twitter

“Banyak kali sudah saya kena. Ini bukan kali pertama. Barangkali juga, golongan selebriti tidak boleh terlepas daripada kecaman dan tohmahan.

“Ramai orang tiada kerja waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Jadi, mereka ada banyak masa untuk buat perkara yang tidak berfaedah contohnya menularkan foto saya,” katanya.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.