“Itu Semua Pr4nk Untuk ‘Jentlk’ KKM”

Kecoh di media sosial mengenai seorang pemuda yang disahkan positif Covid-19 tetapi mendakwa dirinya keluar ke tempat awam.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh individu berkenaan di laman Facebook miliknya memaklumkan menerima keputusan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) yang dibuat di sebuah klinik swasta di Ampang, Selangor pada 20 Januari 2021.

Sehingga hari ketiga disahkan positif Covid-19, lelaki terbabit mendakwa tiada sebarang maklumat atau panggilan telefon daripada pejabat kesihatan daerah (PKD).

“Nak beritahu juga sepanjang tiga hari ni abam bebas keluar masuk rumah membeli makanan, shopping dan menyebarkan virus ini kepada orang ramai,” katanya.

Pengakuan tersebut membangkitkan kemarahan netizen kerana sifat tidak bertanggungjawabnya terutama negara kini mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19.

Seorang peguam di laman Facebook berasingan kemudian tampil menjelaskan bahawa dia akan bertindak mewakili rakannya yang digelarnya sebagai Encik F, sekiranya pihak berkuasa menjalankan siasatan susulan kekecohan yang ditimbulkan lelaki itu.

Peguam wanita itu berkata, Encik F mengadu mengalami beberapa gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, hilang selera makan dan hilang deria bau.

Jelasnya, status yang dimuat naik oleh Encik F di Facebook bertarikh 22 Januari 2021 ditulis semata-mata untuk mendapatkan perhatian segera pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Netizen kena prank. Saya tidak setuju dengan prank sebegini. Tapi tidak dinafikan, ia telah mewujudkan kesedaran kepada kita semua,” katanya.

Menurut peguam berkenaan, Encik F berkali-kali menghubungi PKD sejak 20 Januari dan menunggu diambil oleh ambulans untuk dibawa ke mana-mana pusat kuarantin.

Ini katanya disebabkan beberapa faktor iaitu rumah sewa Encik F sangat kecil dan tidak sesuai untuk menjalani kuarantin kendiri selain mempunyai lima rakan serumah yang semuanya negatif Covid-19.

“Encik F sepanjang masa bersiap sedia untuk dihantar ke mana-mana pusat kuarantin, agar beliau tidak menjangkiti orang lain di sekelilingnya. Malangnya pihak KKM begitu lambat untuk bertindak.

“Kerana itulah Encik F ‘jentik’ KKM melalui status Facebook tersebut. Bagaimana agaknya reaksi semua orang jika menyedari ada manusia yang positif Covid-19 sedang berlegar di sekeliling mereka?” soalnya.

Kredit foto: FB/mStar

Terkini, Encik F menerusi postingnya pada Isnin memaklumkan bahawa PKD Hulu Langat memintanya datang membuat ujian Real-time Polymerase Chain Reaction (rt-PCR) untuk pengesahan Covid-19.

“PKD Hulu Langat call suruh datang buat PCR. Tiba hari ni bila abam dah sampai kat tempat PKD ni, yang bertugas ni kata kat sini tak buat PCR, hanya keluarkan surat pelepasan saja,” dakwa Encik F bagaimanapun tidak mengetahui apakah surat pelepasan yang dimaksudkan.

Setakat berita ini ditulis, usaha mStar untuk mendapatkan komen PKD Hulu Langat berhubung isu tersebut belum berhasil.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.