Terlebih Manja Dgn Suami Dianggap Luc@h, Ayda Jebat ‘S0und’ Pedas Netizan

Gelagat dan aksi terlebih manja yang dikongsikan pasangan selebriti yang baru mendirikan rumah tangga, Ayda Jebat dan Nabil Mahir di laman sosial mengundang perasaan kurang senang segelintir pihak.

Kebanyakan menganggap perkongsian Ayda di Instagram Story mengenai sikap suaminya yang suka mencium pipi berulang kali selain suka bermanja dengannya sebagai sesuatu yang tidak wajar dikongsi hingga mengund4ng rasa meluat serta luc4h.

Terbaharu, Ayda turut mendedahkan perangai pelik suaminya yang suka menghidu bau ketiaknya terutama ketika waktu lapang.

Ayda ketika dihubungi berkata, dia tidak mampu mengawal sikap netizen yang tidak henti mengecam namun dia ingin memohon maaf sekiranya tindakannya itu dirasakan tidak manis.

“Salahkah saya memuat naik sesuatu yang positif dan turut disokong oleh ramai pasangan suami isteri yang turut menerima layanan sama meskipun ada diantaranya sudah berkahwin lebih 20 tahun. Mereka begitu suppotif dan mendoakan agar kebahagiaan saya dan Nabil terus berkekalan.

“Daripada perkongsian saya itu, ada juga pasangan yang berasa sedih dan cembu-ru apabila mengatakan suami mereka tidak romantik selepas berkahwin malah nak minta bergambar bersama pun tidak mahu. Jadi saya harap janganlah melihat apa yang dikongsikan dari sudut yang negatif dan luc4h sebab saya hanya ingin menunjukkan rasa bahagianya bercinta selepas kahwin.

“Ada rakan-rakan dan peminat beritahu saya, masa awal-awal bercinta saja indah, tapi selepas kahwin tiada sudah momen bahagia itu.Tapi saya bersyukur sebab menerima layanan yang baik selepas berkahwin. Saya hanya berkongsi sikap Nabil yang manja dan tidak dibuat-buat. Bagaimanapun saya ingin memohon maaf sekiranya ada pihak berasa kurang senang melihat kemesr4an kami. Saya tak mampu nak menjaga perasaan semua orang,” katanya.

Menurut Ayda, apa yang dikongsikan mengenai sikap Nabil adalah perangai sebenar suaminya.

“Saya sedar memiliki pengikut daripada pelbagai lapisan umur di laman sosial Instagram. Jadi segala perkongsian yang dimuat naik, saya akan pastikan ia tidak keterl4luan.

“Namun jika ada yang beranggapan sebaliknya, anda perlu mengubah mentaliti dan jangan terlalu berf4ntasi.

“Tapi lihat perkongsian ini sebagai sesuatu yang p0sitif serta doakan agar kemesraan ini berkekalan dan anda sendiri turut mengimpikan layanan seperti ini,” katanya.

Terdahulu pasangan ini selamat diijabkabulkan dalam satu majlis sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur 1 Januari lalu.

Netizen mahu Ayda Jebat, Nabil bercer4i

Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mendedahkan ada pengikut Instagram memintanya bercer4i dengan Nabil Mahir.

Menurut Ayda, dia menerima mesej berbaur bi4dap tersebut dalam bentuk Direct Mesej (DM) yang mahukannya bercer4i dan berkahwin dengan pelakon Zul Ariffin.

Paparan mesej oleh netizen menggunakan nama @amir_akrhonian itu dikongsikan Ayda menerusi InstaStory miliknya semalam.

“Cer4ikan jelah suami awak tu. Lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin,” tulis individu berkenaan.

Dalam entri tersebut, Ayda yang popular menerusi lagu Temberang melahirkan rasa terkil4n dengan mesej yang diterima. Dia tidak menyangka masih wujud lagi individu sebi4dap itu.

Sebelum ini pernah timbul g0sip mengatakan wujud cinta lokasi membabitkan Ayda dan Zul selepas drama Rindu Awak 200% yang bersiaran menerusi TV3 pada 2014 lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Trending sangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.