“Saya Bangga!” Ini Individu Pertama Di Malaysia Disvntik V4ksin Covid-19 Fasa Tiga

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Adam Loh telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi peringkat kajian klinikal.

Suntikan tersebut diterima melalui satu prosedur percubaan klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bermula semalam, 30 Januari 2021.

Suntikan untuk vaksin percubaan

Menerusi sebuah posting di Facebook miliknya, dia menyatakan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM dan para penyelidik atas usaha mereka yang sekian lama bekerja keras memerangi pandemik itu.

Dalam pada itu, Adam turut memuat naik beberapa keping gambar bersama kakitangan KKM, penerima vaksin kedua yang dikenali sebagai BK Tan, dan sukarelawan lain yang hadir sewaktu prosedur berkenaan.

Bangga & terkejut jadi orang pertama!

“Saya percaya kaedah utama untuk melawan virus ini adalah melaui vaksin.
“Walaupun ini hanyalah tahap percubaan dan vaksin masih belum diluluskan, namun sumbangan kecil dan kerjasama sebegini boleh melancarkan lagi prosedur kajian vaksin demi masa depan yang cerah.
“Jangan putus asa dan teruskan percaya, kita akan kalahkan virus ini!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut berbangga atas keberanian lelaki tersebut yang bersedia menerima sebarang cabaran serta kesan setelah disuntik vaksin berkenaan.

Tolong kongsi apa kesan lepas disuntik!

Hebatnya!

Memetik laporan Utusan Malaysia, KKM sebelum ini menyatakan terdapat sebanyak sembilan hospital di seluruh negara terlibat di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan penglibatan seramai 3,000 sukarelawan berusia 18 tahun ke atas dan sihat.

Para sukarelawan tersebut telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri dan berani mengambil risiko supaya negara dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan untuk melindungi masyarakat daripada ancaman Covid-19.

Panggilan untuk sukarelawan!

Tahniah diucapkan kepada saudara Adam Loh dan semua sukarelawan yang menyertai ujian klinikal terbabit! Mari kita doakan semoga semua usaha mereka berjaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Facebook Adam Loh, Twitter KKMUtusan Malaysia

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.