“Teman Dia Macam Papa Teman Mama” Sheila, Jinggo Bakal Terima Menantu

Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly meluahkan rasa syukur apabila anak lelakinya, Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elisya Sandha pada jam 3.30 petang, hari ini.

Sheila ketika dihubungi berkata, dia hilang kata-kata apabila anak tercinta kini sudah melangkah ke fasa baharu dalam hidup.

Kredit foto: IG Sheila

“Alhamdulillah majlis pertunangan hari ini berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan di kediaman Fasha Sandha dibuat secara tertutup dan penuh sederhana.

“Hanya 15 tetamu sahaja yang hadir mewakili ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

“Jujur, sukar untuk saya gambar perasaan ketika ini. Macam-macam perasaan sedang bermain sekarang,” katanya.

Menurut Sheila, majlis pernikahan membabitkan anak sulung dengan Elisya akan diumumkan nanti.

“Tarikh nikah akan kami kongsikan kemudian. Malah hantaran juga adalah rahsia mereka.

“Apapun terima kasih atas doa yang diberikan dan saya harap hubungan mereka akan terus berkekalan dan dipermudahkan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:harian metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.