Ebit Lew Menangis, Misi Bantuan Di Semporna Terp4ksa Dihentikan

Misi kemanusiaan yang dijalankan oleh Ustaz Ebit Lew di beberapa kawasan di Sabah dilihat memberi sinar baru kepada sesetengah penduduk di sana.

Paling mencuri tumpuan sudah kejayaan beliau dalam mengislamkan 490 orang komuniti Bajau Laut yang tiada agama dan negara sebelum ini.

Minta maaf bantuan terpaksa dihentikan

Namun begitu. khabar duka dimaklumkan bahawa Ebit Lew terpaksa menghentikan misi kemanusiaan di Semporna kerana terdapat beberapa halangan yang boleh membawa kepada hukuman sebanyak Rm100,000 jika melanggarnya.

Niat bina sekolah terpaksa ditangguh

Dalam pada itu, pendakwah tersebut turut meminta maaf kerana terpaksa menangguhkan dahulu pembinaan sekolah dan tempat kemasyarakatan yang telah dirancang sebelum ini atas faktor-faktor tertentu.

Beliau turut memohon maaf kepada para penduduk yang telah diIslamkan oleh beliau kerana tidak mampu untuk meneruskan misi batuan disana lagi.

Disebabkan tidak dapat meneruskan misi tersebut di pulau-pulau di Semporna, beliau mengambil keputusan untuk terus ke Tawau pada petang ini dan anak memberikan sumbangan ke daerah tersebut pula.

Ebit Lew juga sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu memudahkan urusannya di Semporna dan menyerahkan segala yang terjadi kepada Allah S.W.T. Beliau turut berharap suatu masa nanti akan bertemu semula dengan masyarakat di Semporna.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:OMM

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.