Nak ‘Happy’, Anju Tak Nak Jadi J4nda Miskin Terklnja-klnja Mesej Suami 0rang

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial Zarina Anjoulie Lavocah menempelak tindakan sesetengah pihak yang mengecam penampilannya yang dikatakan agak seksi.

Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, sesetengah pihak sengaja menimbulkan isu mendakwa dia kembali seksi sejurus bergelar janda.

“Itupun orang tak senang eh, bagilah Anju happy sikit daripada terkinja-kinja mesej suami orang.

“Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas cerai apa salahnya Anju nak happy-happy sikit,” katanya.

Menurut Anju lagi, bergelar janda bukan bermaksud dia harus meratapi nasib dan terus menjadi miskin.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak. Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.

“Just Anju nak happy je sekarang,” katanya.

Kredit foto: IG Anju

Tambahnya, dia juga bersyukur apabila banyak tawaran diterima, baik berlakon mahupun menjadi duta produk.

“Tuhan tu maha adil, Alhamdulillah ada rezeki Anju. Tak lama lagi Anju akan berlakon dalam sebuah filem.

“Anju oun sudah dilantik menjadi duta sebuah produk. Semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah,” katanya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.