Semakin Baik Dan Tenang, Ada Bidadari Selamatkan Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly mengakui semakin baik dan tenang selepas hadir seorang bidadari ‘menyelamatkan’ dirinya.

“Sebenar-benarnya, dialah…Orang kata, Allah kirimkan bidadari untuk menyelamatkan Iqram Dinzly selama tujuh tahun ini,” katanya.

Bagaimanapun Iqram tidak menyatakan nama ‘bidadari’ yang dimaksudkan tersebut ketika ditanya hos ‘Ballz Talk’ Elly Ariffin dan Iman Zulkarnain.

Difahamkan rakaman tersebut merupakan sedutan daripada salah satu episod ‘Ballz Talk’ yang menampilkan Iqram sebagai tetamu undangan.

Menariknya sesi temubual eksklusif yang bersifat up close dan personal menerusi program ini, mengetengahkan perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif D’ Alphalegacy Sdn Bhd, Diyana Ismail, berkata D’Alphalegacy sebagai ‘content creator’ di landskap media baharu dan digital, sentiasa agresif dengan kandungan-kandungan di luar kotak.

“Sejujurnya, menghasilkan karya digital bukanlah perkara mudah kerana ia menuntut kemahiran naratif penceritaan kreatif agar kandungan tersebut mempunyai jalan cerita yang boleh diterima secara global oleh peminat seni hiburan.

“Selain itu, idea asal tersebut juga mestilah di luar kotak dan mempunyai stail tersendiri walaupun nampak santai. Ia harus mampu membuatkan penonton berasa dekat dengan intipati yang ingin disampaikan di samping berjaya menerapkan mesej yang positif buat masyarakat.

“Namun begitu, kami akui berada di landasan digital juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada kami untuk melakukan pelbagai eksperimen kreatif dalam menghasilkan karya-karya unik yang ‘up to date’ dan mengujakan bagi mendekati para penonton,” katanya.

‘Ballz Talk’ sebuah program berkonsepkan bual bicara terbitan D’Alphalegacy yang disiarkan menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube.

Sebagai pengenalan, program ‘Ballz Talk’ bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad dan Ammar Titan.

Program ini turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami sebagai pengarah, musim pertama.

Rakaman program ‘Ballz Talk’ berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan sudah mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap Jumat, jam 8.30 malam mulai 4 Disember lalu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.