“Dia Tak Tahu Penat Tu Apa, Tak Pandai Cvri Tulang” Siti Sarah Dedh Per4ngai Sebenar Shuib

Sentiasa menyokong apa sahaja tindak tanduk dan keputusan suami, penyanyi Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini mendedahkan bahawa dirinya kagum dengan sifat pemurah suaminya, Shuib yang dilihat tidak lokek menolong mereka yang memerlukan.


Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Kesetiaan itu, beliau tersentuh melihat tindakan suaminya yang ringan tulang membantu peniaga kecil berniaga di Puchong baru-baru ini.

“I nampak posting kat IG u pasal support peniaga … I tau niat u sangat baik.. video ini je menunjukkan u suppport peniaga lain. Alhamdulillah…. sebenarnya ramai rakan2 baik tanya “Ib cer aja aku cam mana kau buat sampai berjaya?” tapi selalu Shuib cakap “aku tak pandai Allah hantar aku orang yang pandai pandai.. aku tak de daya apa pun …”

Bukan niat mahu memuji suami sendiri, malah Siti Sarah mendedahkan bahawa dirinya juga turut menuntut ilmu dan mengambil contoh daripada pelawak berkenaan.

“Ok biar saya yang terangkan .. Bukan nak puji Shuib sebab dia suami saya .. Saya sendiri pun curi ilmu dari dia dengan jadi pemerhati. Ni sikap Shuib. No 1 Sedekah, kedua Jangan ada hasad dengki, ketiga dia tak tahu penat tu apa dan tak pandai curi tulang”

“Kalau ikutkan banyak lagi saya nak kongsi macam video ni Shuib sedang bantu seorang peniaga … Dia sedar Allah beri kelebihan pada dia dan kelebihan itu digunakan untuk bantu org lain.”

Dalam pada itu, Siti Sarah turut meluahkan kerisauannya terhadap peniaga-peniaga kecil yang terkesan dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Dalam keadaan PKP sekarang ini, saya tak dapat bayangkan nasib peniaga kecil sedangkan peniaga besar-besar pun banyak yang dah lingkup. Saya doakan kepada semua peniaga yang sedang berjuang sekarang ini dapat terus bertahan dan kuat. Moga Allah membuka pintu rezeki seluas lanjit yang terbentang, seperti air zamzam yang tidak pernah putus. Amin yarabalalamin” 

Turut mendoakan mereka, penyanyi itu berharap supaya semua yang terkesan dapat terus bertahan dan kuat menghadapi dugaan ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.