“M4ta Senget Sebelah Dan Biblr Bengk4k”Ramona Zamzam Alami Alahan

Pelakon Ramona Zamzam, 31, meluahkan rasa risau apabila bibir dan matanya membengkak disebabkan alami alahan buat pertama kali.

Menurut Ramona atau nama sebenarnya, Ros Ramona Mohd Zamzam menyatakan dia mula menyedari selepas terdapat bintik-bintik timbul di badannya. Dia bagaimanapun mengabaikan kerana menganggap itu adalah gigitan nyamuk.

“Sebenarnya saya dah perasan hari hari lepas macam ada bintik-bintak (macam kena gigit nyamuk). Ada dua hingga tiga biji ja dan tak gatal sangat jadi saya tak peduli.

“Lepastu semalam makin teruk, dari bentuk gigit nyamuk selepas itu ia semakin membesar dah jadi macam peta dunia. Semalam sepanjang malam susah gila nak tidur sebab rasa gatal, dan saya cuba untuk tak garu!

“Hari ini (Selasa) dengan mata senget sebelah, serta bibir pula semakin membengkak, ia seolah-olah kelihatan seperti saya telah buat pembedahan plastik yang gagal pada bahagian itu,” tulisnya.
Ramona turut memuat naik foto keadaan bibirnya yang membengkak teruk di Instagram (IG) miliknya, semalam.

Dalam pada itu, juri tetap bagi program The Masked Singer Malaysia ini berkata dia sudah mendapatkan rawatan daripada doktor pakar kulit pada pagi Selasa.

“Seumur hidup, saya makan apa yang saya mahukan, tak pernah ada alergi apa-apa. Tiba-tiba terjadi seperti sekarang?

“Saya dah pergi jumpa doktor pakar kulit pagi tadi dan dah dapatkan suntikan, ada ubat makan dan losyen untuk sapu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ramona Zamzam (@ramonazamzam)

“Saya tidak biasa dengan situasi seperti ini kalau ada dalam kalangan anda yang dah biasa melakukan perkara sebegini, tolong kongsikan pengalaman anda,” tulisnya lagi.

Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu kemudiannya dikurniakan cahaya mata pertama, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.