Aaron Aziz k0ngsi Pesanan Suara Terakhir Arwh Ibu “T0long Datang Dalam Mimpi…”

PELAKON Datuk Aaron Aziz mengakui masih lagi terkesan dengan pemergian ibu tercinta, Allahyarham Juriana Jaafar yang meninggal dunia pada 7 November lalu.

Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, berkongsi pesanan suara terakhir yang dihantar ibunya sebelum mengembvskan nafas terakhir.

Menerusi pesanan suara itu, arwah bertanya khabar cucunya iaitu anak sulung Aaron, Danish Anaqi, 17, yang kini menuntut di Jepun.

“Assalamualaikum son, apa khabar Danish, awak ada hubungi dia? Dia sihat?” ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron berharap dia dapat bertemu Allahyarham di dalam mimpi bagi melepaskan kerinduan.

“Saya harap mak masih ada di sini lagi. Mesej terakhir mak pada saya ialah pada 28 Oktober, sebelum mak meninggal dunia pada 7 November lalu.

“Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya, mak.

“Saya sangat rindu dan sayangkan mak,” luah aktor itu.

Ibu Aaron meningg4l dunia di hospital di Singapura akibat serangan jantung.

 

Sekarang mak sudah kembali ke pangkuan-Nya. Tolong datang dalam mimpi saya, mak.

DATUK AARON AZIZ

PELAKON

Aaron meluahkan kerinduan yang tiada penghujung buat arwah ibu tercinta.

Hasil perkongsian Aaron itu, kebanyakan netizen turut berkongsikan perasaan mereka yang sudah kehilangan ibu bapa tercinta.

“Andai 10 tahun lepas Whatsapp dah wujud dan saya ada telefon bimbit masa tu, saya akan rekod suara mak saya sebagai ubat kerinduan. Rindu tiada penghujungnya. Al-Fatihah,” tulis seorang peminat Aaron, @sabariah_ummifayyadh.

“Sedekah banyak-banyak, segala doa baik-baik untuk mak kita. Kata ustazah, kalau mak kita tak muncul dalam mimpi, maknanya dia tenang di sana sebab kita dah sedekahkan banyak-banyak doa untuk dia,” kata @zatulramzi.

Untuk rekod, Aaron berkahwin dengan Datin Diyana Halik pada tahun 2003.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Danish Anaqi, 17, Dwi Ariana, 15, dan Dahlia Arissa yang kini berusia 11 tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.