‘Tahi Gigi’Nyanyi Lagu ‘Terpersona’,Peminat Nmpak Sesuatu Dlm Mvlut MK!

Kalau sebelum ini lagu #JemimahChallenge dan Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti semakin diminati oleh penggemar muzik di Malaysia, kini ada satu lagi lagu lain yang sedang tular di aplikasi TikTok iaitu Terpersona.

Sudah menjadi kebiasaan sekiranya sesuatu lagu itu viral, pasti ramai akan mengambil peluang untuk turut menyanyi atau membuat cover lagu berkenaan.

Penyanyi rap yang menjadi kegilaan para gadis iaitu MK K-Clique turut tidak melepaskan peluang untuk menyanyikan lagu tersebut!

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan memuat naik video pendek beliau menyanyikan lagu tersebut di laman Instagram miliknya dan seperti sudah dapat dijangka, video tersebut mendapat perhatian ramai peminatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)


Namun apa yang menjadi perhatian bukan lah nyanyian MK sendiri, tetapi ada sesuatu yang mengganggu apabila mereka menonton video tersebut.

Ada yang menyangka terdapat tahi gigi yang melekat pada gigi penyanyi lagu Pulang itu sehingga membuatkan mereka hilang fokus.

Tetapi sebenarnya itu bukan la tahi gigi seperti yang disangkakan kerana ia merupakan berlian yang dilekatkan pada permukaan giginya.

Adoi, tajam juga mata peminat ni ya, sampai terfikir ada tahi gigi pula dekat situ!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.