Wanita 2021, Syafiqah Aina Buat Netizen Berbvlu

“Dia buat hal lagi, tapi kali ni isterinya. Dua-dua sama attention seeker.”

Pasangan usahawan yang sering mendapat tumpuan dengan topik panas, Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina kembali lagi mengegarkan media sosial. Kali ini video pendek yang memaparkan Aina bermonolog dengan tema Wanita 2021.

Apa yang menjengkelkan netizen adalah ayat-ayat yang diutarakan Aina itu seolah-olah menggambarkan semua wanita mempunyai pemikiran sama dengannya. Menggunakan perkataan “kami” dalam keseluruhan video itu adalah salah kerana tidak semua wanita sama.

Lebih hangat diperkatakan adalah konsep jalan setempat, dah habis idea ke?

Adakah “Kami Wanita” selemah itu hingga bergantung harap kepada lelaki?

Foto : Twitter

Di Twitter, pasangan ini dianggap sebagai suka mencari perhatian dengan isu-isu panas. Berbeza dengan di Instagram pula, yang mana hantaran tersebut mendapat lebih setengah juta tanda suka dengan komen-komen memuji video itu.

Foto : Twitter

Foto : IG

Memperkatakan idea berjalan setempat, ianya dianggap sebagai video yang jauh panggang dari api tahap kreatifnya. Kan lagi bagus jika ia dibuat dengan lebih kemas?

Menariknya, muzik video Aina itu dijadikan parodi di Twitter, namun di platform TikTok dan IG, mereka adalah idola.

Jadi, apa pendapat anda mengenai video Wanita 2021 ini?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.